Wednesday 21 March 2012

SIMBOL SYAITAN

 
 
 
 
 
 
i
 
2 Votes
Quantcast
Isyarat Syaitan yang bermaksud " I Love U, Satan"
Codex Magica
Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”. Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisa Texe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.
Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927. Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.
Syaitan mengayakan 'I Love U'
Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Muzik
Jika diamati pada kulit album OzzFest yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Ozzy Osborne jelas menunjukkan gambar syaitan sedang memberikan isyarat ‘I Love U’ ciptaan Helen Keller. Manakala pada kulit album Holy Diver yang dinyanyikan oleh DIO menunjukkan seekor syaitan membuat simbol TANDUK SYAITAN ketika memukul seorang paderi yang jatuh di dalam laut. Namun begitu, syukur kepada Allah S.W.T di Malaysia isyarat Tanduk Syaitan hanya popular di kalangan peminat muzik Rock dan tidak diamalkan oleh orang-oran awam mahu pun golongan pentadbir atau ahli politik.
Syaitan memukul paderi sambil mengayakan simbol Tanduk Syaitan
 
Aksi adiwira mengayakan simbol Tanduk Syaitan
Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Filem
Siri kartun popular yang difelemkan iaitu Spiderman juga mempamerkan simbol TANDUK SYAITAN di dalam lagak aksi-aksinya. Watak adiwira yang dicipta oleh Stanley Martin Lieber atau lebih dikenali sebagai Stanley Lee ini mula bertapak di persada antarabangsa pada 1962. Beliau merupakan seorang berbangsa Yahudi.
Oleh itu, sudah pastilah beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menerapkan simbol-simbol yang bersifat KEYAHUDIAN dalam kartunnya. Apabila watak hero komik ini dibaca dan ditonton oleh kanak-kanak maka sudah tentulah segala perilaku aksi watak tersebut mudah sahaja ditiru oleh mereka.
Tapi sayang, masyarakat dunia umumnya dan orang Islam khususnya dibuai dengan dogengan adiwira ciptaan YAHUDI yang hanya memikirkan bagaimana untuk mengoyahkan keimanan dan ketauhidan dalam jiwa kita. Adakah kita rela pada suatu hari kelak, anak-anak kita meniru simbol atau tingkah laku adiwira sama ada secara sedar atau di bawah sedar? Tepuk dada, tanyalah hati….  
Klip video ini akan mendedahkan secara ringkas SIMBOL dan WAJAH sebenar Freemason dalam kehidupan seharian…. 

1 comment:

  1. SALAM IBU PEJABAT DUNIA ILUMINATI. alamat e-mel=illuminaiworldwideorder@gmail.com Selamat datang ke perintah besar pencerahan negara-negara bersatu dan di seluruh dunia, ini adalah peluang terbuka untuk menyertai komuniti orang tercerahkan, di mana anda boleh mendapatkan semula impian anda yang hilang, dan juga di mana anda boleh mendapatkan kembali cahaya melihat kekayaan dan kebahagiaan tanpa ada pengorbanan darah. Dan kami juga membayar sejumlah $550,000 untuk mendapatkan semua ahli baharu apabila mereka menyertai persaudaraan dan juga di rumah pilihan dan lokasi anda dengan pelaburan dan peluang dalam hidup untuk menjadi terkenal.

    FAEDAH DIBERIKAN KEPADA AHLI BARU MENINGGALKAN LAMPU. 1. Ganjaran tunai $550,000. 2. KERETA Impian Anggun baharu bernilai 150,000 USD 3. Membeli rumah idaman di negara pilihan anda. Perundingan selama sebulan dengan 5 teratas di dunia. Pemimpin dan 5 selebriti paling penting di dunia. Jika anda berminat, sila hubungi alamat e-mel sebelumnya =illuminatiworldwideorder@gmail.com

    https://www.gaia.com/article/what-is-the-illuminati

    ReplyDelete

OUR GROUP MEMBERS

SYAFIQAH NADIAH PUTERI ATHIRA AININ AINIS DURRATUL PUTRI ZULAIKHA ASMA