Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat
itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi
sedih dan menangis.
"Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak tahulah." Jawab
Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut
menghadapi maut?" tanya malaikat.
"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak
boleh lagi berzikir kepada
Allah, sementara yang masih hidup boleh terus
berzikir memuji Allah." jawab Ilyas.
Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.

No comments:
Post a Comment