Setiap kali keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan, pasti berdetik rasa
bimbang dan cemas menyelubungi hati setiap pelajar. Sebagai guru, saya
juga merasakan sedemikian. Bimbang subjek yang diajar tidak mencapai
sasaran yang dikehendaki. Apalagi kelompok pelajar yang diajar separuh
bilangannya boleh dikatakan dibawah paras sebenar pelajar praU untuk
subjek BM2. Setiap kali ujian/peperiksaan di sekolah, jawapan mereka
cuma asal-asal saja, malah ada kalangan mereka yang membuat karangan
setaraf PMR saja. Kaedah dan teknik telah didedahkan. Punca lemahnya
karangan juga telah diterangkan, malah cara untuk mereka meningkatkan
kualiti karangan juga turut diterangkan, namun, tetap sama hasilnya.
Rupanya bukan untuk subjek saya sahaja yang begitu, guru/pensyarah yang
lain juga bercerita perkara yang sama dan melibatkan pelajar yang hampir
sama. Aduh!
copy by cikgu sulaiman
No comments:
Post a Comment