Perempuan yang tak tutup aurat jarang nak solat ?
Assalamualaikum . Kali ni aku saja
interview blogger – blogger yang aku rasa terpilih untuk memberi
pandangan diorang adakah perempuan yang freehair jarang nak solat?
Pandangan dari seorang blogger yang selalu menulis tentang entri – entri yang berkaitan agama . Pandangan IniWootWoot .
Pendapat aku , perempuan yang freehair kawasan KL ngan Sarawak nih , memang malas solat . Solat wajib bagi semua tak kira dia penyamun or whatever . Walaupun soal dia dengan tuhan , tapi kalau nak ikotkan kalau solat diterima pasti dia akan rasa takut untuk buat dosa (freehair) . Memang ramai yang cakap kalau freehair camtu baik tak yah solat , tapi yang wajib tetap wajib .
Jadi aku pun sependapat dengan
Iniwootwoot sebab jika mereka solat pasti mereka takut akan dosa
mendedahkan aurat serta tahu betapa pentingnya aurat . Mana boleh kata ”
saya masih tak sedia ” … Aurat tu wajib . Tapi ada setengah yang suka
pakai tudung tapi baju yang tak berlengan panjang .
Antara bahagian-bahagian aurat pada wanita, yang mana satu perlu ditutup (dijaga) dan mana satu bukan dikategorikan sebagai aurat. Sebagai contoh, dari hukum yang biasa didengar dan menjadi pegangan, seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali pada bahagian muka dan tapak tangan (yang biasa digunapakai di Malaysia – Mazhab Syafi’e)
Jadi kenapa masih ada yang pakai
tudung tapi tak tutup aurat sepenuhnya ? Adakah kerana trend ? Malu
sebab nanti orang memandang negatif ? Kerana ibu bapa memaksa ?
Jadi apa pendapat anda ? Adakah perempuan yang tak tutup aurat ni jarang nak solat ?
No comments:
Post a Comment