Monday 18 June 2012

Cara-Cara Menjaga Kesihatan

     Kini kadar obesiti di negara ini semakin meningkat. Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk menjaga kesihatan dengan baik?

     Antara cara untuk menjaga kesihatan kita dengan baik ialah kita perlulah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan peluh daripada tubuh badan. Dengan itu, peluh akan menjadikan tubuh badan yang sihat.

     Di samping itu, pemakanan yang seimbang juga penting untuk tubuh badan kita. Dalam kehidupan sebenar orang ramai lebih suka mengambil makanan ringan atau makanan segera. Dengan pengambilan makanan yang seimbang ia memastikan badan menerima khasiat dan boleh juga untuk menjaga kesihatan.

     Justeru, gaya hidup sihat juga perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia seperti bersenam, pemakanan yang seimbang dan sebagainya. Oleh itu, badan kita akan sihat dan tidak mudah terdedah kepada penyakit.

     Intihannya, kita patutlah mengamalkan gaya hidup sihat agar kita menjadi lebih sihat. Ungkapan ada mengatakan "minda cerdas datangnya dari badan yang cergas".

Sumber: http://pmr.im/show.php?n=1104475&nS=19763&t=cara_cara_menjaga_kesihatan_by_muhammad_rassul.html

Cara-cara Mengelakkan Diri Daripada Dadah

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majils, Yang Berusaha Puan Teng Siew Bee, Pengetua, SMJK Katholik, Tg.Malim, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Cara-cara untuk mengelakkan diri kita daripada dadah”.

Hadirin sekalian,

Penggunaan dadah dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja pada hari ini semakin berleluasa dan membimbangkan kerajaan. Banyak remaja terlibat dalam dadah dek kurangnya didikan ibu bapa, mudah terpengaruh oleh rakan sebaya di samping perasaan ingin mencuba. 

Justeru, sebagai barisan pemimpin harapan nusa dan bangsa, remaja perlulah pandai memilih rakan sebaya yang tinggi akhlak dan budi pekertinya. Selain itu, kita perlu pandai merancang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Para remaja boleh melibatkan diri dalam kegiatan sukan, beriadah, dan menghadiri kelas-kelas tambahan sebagai persediaan menjelang peperiksaan.

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah juga haruslah menjalankan aktiviti seperti Kempen Antidadah, ceramah dan sesi kaunseling. Program seumpama itu dapat memberikan maklumat yang berguna kepada murid-murid tentang bahaya najis dadah dan kesan buruknya kepada kehidupan manusia.

Seterusnya, para murid yang bermasalah perlulah menghubungi guru, guru kelas atau guru kaunseling untuk mencari jalan penyelesaian. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil berat hal-ehwal kebajikan dan kasih sayang anak-anak. Hubungan silaturahim yang intim, kasih sayang ibu bapa dan didikan agama serta moral difikirkan dapat menjauhkan diri generasi remaja daripada godaan dan perangkap maut dadah.

Hadirin sekalian,

Akhir kata, sebagai ketua murid, saya berseru kepada rakan-rakan agar senantiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada perangkap dadah. Sesungguhnya, dadah tidak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya penyalahgunaan dadah akan memusnahkan kehidupan diri, keluarga, bangsa dan negara. Hindarkanlah diri daripada najis dadah. Dadah musuh negara. Dadah membawa padah!

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.



Posted by 
Sumber: http://chaimestm.blogspot.com/2011/05/karangan-syarahan-bm.html

Faedah Sukan

     Sukan merupakan sejenis kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga yang tertentu. Aktiviti sukan biasanya dapat dijalankan pada waktu pagi, petang atau malam. Terdapat pelbagai jenis sukan seperti acara balapan dan padang, bola keranjang, badminton, bola sepak, bola tampar dan lain-lain lagi. Kebanyakan pelajar mempunyai hobi bersukan dan aktif dalam pelbagai acara sukan. Setiap sekolah wajib mengadakan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama sejam pada setiap minggu untuk menggalakkan pelajar menceburi bidang sukan dan permainan sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu 1Murid 1Sukan.

     Sebenarnya, sukan memberikan pelbagai manfaat dan faedah kepada golongan pelajar. Pertama-tama, pelajar-pelajar dapat mengisi masa lapang masing-masing dengan berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada melibatkan diri dalam gejala sosial yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara seperti budaya lepak, vandalisme, gengsterisme, merokok, menyalahgunakan dadah dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga dapat mengelakkan diri daripada membazirkan masa kerana masa ibarat emas.

     Selain itu, pelajar-pelajar dapat mencungkil bakat dan kebolehan diri dalam bidang sukan. Melalui sukan, pelajar-pelajar dapat mengetahui dan mengembangkan potensi diri masing-masing. Pelajar-pelajar juga dapat mempelajari dan menguasai kemahiran hidup yang berharga seperti bekerjasama dan bertoleransi melalui aktiviti sukan. Sikap-sikap tersebut bukan sahaja diwajibkan ketika bersukan malah juga amat diperlukan ketika pelajar-pelajar mengikuti sesi pembelajaran atau menjalani aktiviti bersama-sama pelajar yang lain.

     Di samping itu, pelajar-pelajar dapat memperlihatkan kemajuan dari segi fizikal dan mental selepas bersukan. Pelajar-pelajar dapat mengekalkan kesihatan badan kerana berpeluh dapat membakar kalori dalam badan sekali gus dapat mengelakkan diri mereka daripada penyakit-penyakit serius seperti obesiti, kencing manis dan sakit jantung. Pada masa yang sama, bersukan juga dapat mencerdaskan minda pelajar-pelajar dalam buana pendidikan.

     Seterusnya, pelajar-pelajar yang aktif dalam sukan dapat dipilih untuk menyertai pelbagai acara sukan sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan ataupun di arena antarabangsa. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mengharumkan nama sekolah dan keluarga di persada sukan nasional dan antarabangsa seperti Datuk Nicole David. Pelajar-pelajar tersebut juga berkeupayaan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan berkelayakan untuk dianugerahi “Tokoh Pelajar” dan olahragawan atau olahragawati di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

     Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa bidang sukan membawa faedah-faedah kepada golongan pelajar. Pihak sekolah perlu menganjurkan berbagai-bagai aktiviti di sekolah bagi mengalakkan pelajar bersukan. Ibu bapa juga harus bersikap prihatin akan minat dan kebolehan anak-anak dalam bidang kokurikulum, khususnya sukan dan permainan. Seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja perlu mahir dalam akademik malah juga perlu mengambil berat dan gemilang dalam bidang kokurikulum akademik dan sukan.



Posted by 


Sumber: http://chaimestm.blogspot.com/2011/05/karangan-bm-pmr_21.html

Remaja Menghisap Dadah

      Dadah merupakan musuh utama negara. Dadah memeberikan impak yang buruk kepada diri kita. Dewasa ini, remaja kian terjebak dalam gejala tidak sihat ini. Terdapat pelbagai jenis dadah seperti syabu, heroin dan sebagainya.


      Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan remaja zaman ini menghisap dadah. Punca utama remaja terlibat dengan gejala ini ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, ramai remaja sekarang mudah terikut-ikut dengan ajakan rakan kerana ingin menjaga perasaan rakan mereka. Selain itu, remaja zaman ini juga pantang dicabar apabila mereka dicabar mereka akan menyahut cabaran itu dengan mengambil dadah yang lebih berbahaya daripada kebiasaan. Akibat tindakan itu, mereka menjadi semakin jauh daripada landasan sebenar kehidupan dan mengambil keputusan alang-alang meyelup pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

      Antara kesan remaja menghisap dadah ialah disisih oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana, remaja yang menghisap dadah boleh dijangkiti penyakit berjangkit dan tidak mempunyai kuantiti untuk bekerja. Selain itu, kesan remaja menghisap dadah ialah kadar kematian juga meningkat. Hal ini demikian kerana, mereka mengambil dos yang berlebihan dan mendapat HIV yang menyebabkan kematian.

      Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala menghisap dadah dalam kalangan remaja. Antaranya, media massa. Pihak media massa perlulah meningkatkan tahap kesedaran tentang bahayanya menghisap dadah. Mereka perlu menyiarkan iklan-iklan yang berunsur nasihat dan pengajaran tentang gejala ini. Rakan sebaya sepatutnya memberi sokongan terhadap setiap tindakan positif rakan-rakan. Bukannya memperlekehkan juga memandang rendah akan pendapat rakan tersebut. Bak kata pepatah "Ikut hati mati, ikut rasa binasa". Ini menyebabkan mereka rasa tercabar dan ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun amay berbahaya.

      Konklusinya, kita janganlah mengambil mudah tentang gejala ini. Semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras gejala ini.

Sunday 17 June 2012

Amalan Gaya hidup Sihat

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
.
..........
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
...........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
...........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
....

Kemelut Remaja Lari Dari Rumah

Kemelut remaja lari dari rumah telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan. Keadaan ini jelas memaparkan tindakan remaja yang tidak bermoral. Pelbagai pihak memberikan teori atau pandangan mengenai kemunculan kemelut ini dalam masyarakat kita.
            Selain itu,antara faktor menyebabkan remaja lari dari rumah ialah kurang perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa kkini lebih mementingkan kerjaya daripada anak-anak mereka. Mereka tidak mengambil tahu tentang kegiatan seharian anak-anak mereka. Remaja kini kurang didikan agama. Apabila seseorang itu kurang didikan agama dia akan mudah melakukan kesalahan tanpa merasa bersalah. Remaja kini juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya memainkan peranan penting. Jika rakan mereka mengajak mereka melakukan kesalahan meraka akan mudah terpengaruh dan akan menerima ajakan tersebut kerana ingin menjaga perasaan rakan mereka.
            Terdapat beberapa kesan remaja lari dari rumah. Kesan utama,remaja lari dari rumah,menyembab kan gejala social di Negara kita kian meningkat. Contohnya,remaja melarikan diri kerana masalah keluarga dan mereka mengikut rakan atau kekasih mereka jauh dari keluarga. Kesan kedua,imej keluarga akan tercemar. Jiran-jiran akan memandang rendah kepada keluarga tersebut dengan meningkat, bahawa mereka tidak pandai menjaga anak dan kurang member didikan agama.
            Di samping itu,terdapat beberapa langkah  untuk mengatasi masalah yang kian menular di nagara iaitu,remaja lari dari rumah. Antaranya ialah ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dengan memberi didikan agama yang cukup.  Remaja hendaklah bijak memilih rakan yang mempunyai cirri-ciri orang yang cemerlang agar tidak mengajak kita melakukan perkara yang negatif.
            Kesimpulannya, gejala ini haruslah diberi perhatian dan ditangani dengan segera demi masa depan anak bangsa Negara. Selain itu,semua pihak hendaklah berganding bahu menangani masalah ini.


-2K2 Students

Saturday 16 June 2012

pengalaman menyertai aktiviti kokurikulum

Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang wajib disertai oleh semua pelajar. Sebenarnya, kegiatan kokurikulum biasanya dijalankan selepas waktu belajar atau pada hari Sabtu. Antara aktiviti ini termasuklah persatuan, kelab, permainan, unit beruniform, dan sukan. Saya telah menyertai pasukan pengakap sejak tingkatan satu lagi untuk menambah pengetahuan dan pengalaman kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semasa menyertai pasukan pengakap sekolah, banyak pengalaman telah saya lalui.

Pasukan pengakap sekolah sangat aktif. Kami perlu menghadiri perjumpaan pada setiap minggu. Biasanya, kami akan dilatih untuk belajar cara-cara berkawad kaki. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan kawad kaki unit beruniform merupakan aktiviti utama dalam agenda tahunan pasukan pengakap. Oleh hal yang demikian, saya mempelajari teknik berkawad dengan berpegang pada prinsip genggam bara api, biar sampai jadi abu. Walaupun berkawad kaki merupakan latihan yang sukar, namun saya tetap dapat menguasainya kerana saya tidak mudah berputus asa untuk mempelajari sesuatu ilmu.

Selain itu, saya dan rakan-rakan yang menyertai pasukan pengakap juga diajar cara-cara untuk mendirikan khemah. Hal ini dikatakan demikian kerana kami perlu mendirikan khemah sendiri tanpa bantuan guru pengajar sewaktu perkhemahan dijalankan. Dalam aktiviti ini, kami diajar teknik mencari batu yang sesuai, kayu yang kukuh, dan mengetahui kelengkapan yang perlu disediakan untuk mendirikan khemah. Di samping itu, kami juga diingatkan agar sentiasa mengingati kata-kata orang tua iaitu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sewaktu mendirikan khemah bersama kawan-kawan. Dengan berbuat begitu, bukan sahaja khemah yang kukuh dapat didirikan, malah hubungan persahabatan yang utuh seperti isi dengan kuku dapat dibina.

Di samping itu, saya juga mempelajari cara-cara untuk memberikan bantuan kecemasan. Hal ini dikatakan demikian kerana khidmat pasukan pengakap sekolah amat diperlukan apabila pihak sekolah mengadakan program seperti Hari Kantin, Hari Sukan, Hari Bertemu dengan Pelanggan dan sebagainya. Oleh sebab itu, ilmu bantuan kecemasan ini merupakan pengetahuan yang amat berguna kepada saya. Saya diajar cara membasuh luka, membalut luka, dan mengikat tangan yang patah apabila berlakunya kecederaan. Saya amat yakin bahawa ilmu dalam bidang ini menjadikan diri saya lebih kental dan tabah menghadapi cabaran sebagai pelajar kerana ilmu pelita hidup.

Sementara itu, saya turut dapat mempelajari ilmu ikhtiar hidup apabila menyertai pasukan pengakap sekolah. Hal ini memang benar kerana guru pembimbing pengakap sentiasa berkongsi ilmu dengan kami tentang pokok yang boleh dijadikan herba untuk mengubati luka dan mengurangkan kesakitan. Dalam pada itu, kami turut diajar untuk mengenal pasti pokok yang menyimpan banyak air untuk diminum. Dengan ilmu yang saya pelajari ini, persiapan untuk menyertai perkhemahan di dalam hutan akan menjadi lebih sempurna. Saya sentiasa mengingati pesanan guru pembimbang yang mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Sepanjang menyertai pasukan beruniform ini, saya juga banyak memperoleh pengalaman hidup yang berharga sebagai bekalan masa depan. Hal ini dikatakan demikian kerana saya dapat mempelajari kepentingan bekerja dalam pasukan kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Misalnya, suatu aktiviti perkhemahan yang dijalankan hanya dapat dijayakan dengan kerjasama daripada semua pihak termasuklah guru pengiring, pelatih, dan ahli pengakap. Oleh itu, saya diajar untuk menerima hakikat bahawa kita harus hidup bersatu padu untuk menghadapi cabaran. Pendek kata, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Kesimpulannya, pasukan pengakap merupaka satu daripada aktiviti kokurikulum yang saya sertai. Saya yakin bahawa setiap unit beruniform mahupun persatuan dan kelab mempunyai keunikan yang tersendiri. Para pelajar harus menyertainya untuk merasai dan melalui sendiri pengalaman sewaktu menyertai aktiviti tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai penyimpul bicara, kita haruslah menyahut seruan Menteri Pelajaran untuk menjadikan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum sebagai kriteria penting dalam penerimaan kemasukan ke universiti atau institusi pengajian tinggi. Oleh sebab itu, jom kita aktif dalam kegiatan kokurikulum.

langkah menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awm di negara kita

Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam
.
..........“
Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
.
..........
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam.
.
..........
Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam.
.
..........
Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.
...........Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin, sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang dibenarkan. Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.
.
..........
Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau “bas fider” yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap “indah khabar dari rupa”.
.
..........
Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar, tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka.
.
..........
Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.
.

institusi pendidikan sebagai pemangkin sektor pelancongan

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN, KURANGKAN STRES DENGAN E-GENIUS
Malaysia semakin terkenal di kalangan pelajar asing sebagai destinasi pilihan utama bagi pengajian tinggi dan lanjutan. Kini, para pelajar dan cerdik pandai dari serata dunia membentuk komuniti pelajar yang menyumbang pelbagai budaya dan bahasa di Malaysia.

Salah satu sebab penting Malaysia menjadi destinasi pengajian pilihan utama ialah kadar sara hidup yang rendah serta tahap kualiti kehidupan yang tinggi. Ini diperkuatkan lagi dengan adanya teknologi dan peralatan bantuan pembelajaran yang canggih di sini. Tambahan lagi, penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan mesra memudahkan pelajar asing untuk mengenali lebih mendalam perihal berkaitan penduduk, tradisi dan budaya yang ada sambil mereka meneruskan pembelajaran mereka.

Malaysia mempunyai lebih dari 600 institusi pengajian awam dan swasta yang menawarkan pengajian di tahap pra-universiti hingga tahap universiti. Ini termasuk institusi pengajian tempatan dengan gabungan pelbagai pusat pengajian luar negara, serta beberapa cawangan kampus universiti luar negara yang tersohor. Kelayakan yang diterima dari cawangan-cawangan seperti ini adalah setaraf dengan kelayakan yang diterima di kampus induk pusat pengajian tersebut.

Terdapat juga beberapa buah institusi pengajian tinggi tempatan yang telah berjaya menempah nama di persada dunia seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Multimedia. Di Malaysia juga terdapat institusi pengajian tinggi berprestij yang telah lama bertapak seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Tambahan lagi, beberapa buah pusat pengajian tinggi antarabangsa telah bergabung bagi mewujudkan program berkembar dengan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan kini, institusi seperti Monash, Nottingham dan lain-lain menawarkan pilihan kepada para pelajar untuk memilih samada menyempurnakan seluruh pengajian mereka di Malaysia atau di negara luar seperti Australia, New Zealand dan United Kingdom. Kelebihan yang boleh diperolehi di Malaysia sekiranya mereka ingin menghabiskan tempoh pembelajaran ialah penjimatan kos pengajian tanpa menjejaskan kualiti pengajian.

Malaysia mempunyai pilihan meluas bagi pengajian yang berkualiti tinggi pada kos yang amat berpatutan serta kursus-kursus yang ditawarkan telah diiktiraf antarabangsa. Hasilnya, kini terdapat beribu pelajar dari lebih kurang 100 buah negara yang sedang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Pelajar yang sedang membuat pertimbangan untuk belajar di Malaysia tetapi belum membuat sebarang keputusan berpeluang mengambil bahagian di dalam beberapa program pelancongan pelajar yang akan mendedahkan mereka kepada negara ini, mendekati penduduknya dan pilihan pusat-pusat pengajian tinggi yang ditawarkan. Program ini bukan sahaja berjaya membantu pelajar membuat keputusan mengenai pengajian mereka, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk menikmati percutian di destinasi yang paling indah dan mempesona di dunia.

Dipetik daripada laman web Cuti-cuti Malaysia 
http://www.tourism.gov.my/my/activities/default.asp?activity_id=15

peranan kanak- kanak membahagiakan ibu bapa

Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi bicara semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Walaupun berbagai-bagai prakarsa telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan keharmonian keluarga, namun hal ini seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu untuk membawa paradigma baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan yang digerakkan oleh institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung keharmonian gagal. Hal ini mungkin berpunca daripada prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan untuk membantu menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah menjadi amanah yang perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama memikul amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya usaha membentuk keluarga yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan berjaya. Jadi, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan oleh itu prakarsa ini hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak hendaklah menggerakkan kembali jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan ibu bapa dan sekali gus membentuk keluarga yang bahagia.

Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban tahun apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira. Tetapi tidakkah mereka menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu bapa pasti akan mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh anak-anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu bapa kerana keperitan dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah terbalas dengan kejayaan anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar mengikut acuan yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua ada menyatakan bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa akan membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak semata-mata untuk mencapai kejayaan bagi dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan dapat direalisasikan sekiranya mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi kehidupan mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Sedasarwasa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia juga merupakan salah satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan kepada orang tua mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan kata-kata hikmat yang acap kali ditujukan khas kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah jika semua orang mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga, jantung hati, permata bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang sinis tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama keluarga dalam memacu ke arah kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya dan hasilnya, anak-anak telah berjaya menjadi insan yang berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka berada kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah itulah juga yang menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.

Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka menghormati mereka. Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan negara sebenarnya mampu menjadi platform utama untuk anak-anak membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini, aspek jasmani yang boleh dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang tua mereka sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh terdekat yang sangat ketara dengan semua pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke mana-mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila berjalan di hadapan orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu bapa mereka dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka. Dalam menghayati peribahasa yang berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru nak tengadah, anak-anak hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka supaya perkataan yang diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam memperincikan aspek intelektual pula, anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang diberikan ibu bapa bagi membolehkan mereka memperoleh keberkatan ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu diserap dengan mudah tidak seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang benarlah bahawa sifat hormat seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu membahagiakan mereka.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat membawa berkat boleh diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling membantu mengemaskan rumah. Bertitik tolak daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan sahaja cantik malah dapat menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak mengutamakan kebersihan persekitaran. Lanjutan daripada hal ini, beban yang digalas oleh ibu bapa akan menjadi ringan malah mampu melestarikan warna-warni kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut. Senario ini sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi keluarga seperti statistik sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada tahun 2007 hingga 2008 yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pasangan di Malaysia bercerai setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah bahawa peranan anak-anak dalam membantu meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja rumah amat signifikan untuk mewujudkan kebahagiaan buat mereka.

Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalah mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang dapat menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan ibu bapa dan anak-anak menghiasi muka-muka depan akhbar di Malaysia sama ada kes pembuangan ibu bapa atau pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Cuba kita renungkan kembali peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian Metro bertajuk, ‘Trajedi pilu 9 anak membuang ibu mereka yang sudah tua’. Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan berlaku jika seorang anak tidak mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutama ketika umur senja mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan anak-anak itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak mendengar nasihat ibu bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada ibu bapa mereka.

Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama, mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa sebagai budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai kehidupan selepas mati, ibu bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak hendaklah selalu berusaha membahagiakan ibu bapa mereka secara istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga mampu membawa kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah anak-anak dalam meniti kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-anak akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama berganding bahu, selangkah sederap dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi besar-besaran untuk memastikan keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai visi kudsi Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa mereka sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa dan bangsa.
[1 414 patah kata]

Nukilan daripada Mohamad Syamir bin Shamsher Ahmad - SMK Impian Emas
Soalan SPM 2010
Soalan 2

Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Situasi seperti di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.

Friday 15 June 2012

Pantun Perpisahan

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai
Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai
Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

http://mastima.blogspot.com/2009/01/pantun-perpisahan.html

Kepentingan Menabung

Menabung untuk Kebahagian Masa Depan
Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Faedah Menabung
Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.
Meningkatkan Pendapatan
Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.
Meningkatkan Kualiti Hidup
Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya:
 Membiayai Pendidikan
Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.
 Membeli Rumah
Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.
 Tanggungjawab Berumahtangga
Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang.
 Membeli Barang Keperluan
Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.
 Keselesaan Hidup dalam Persaraan
Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.
 Menyediakan Payung
Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.
 Berdikari dari Segi Kewangan
Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.


http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=29&pg=286&ac=220&print=1

Karangan Peribahasa " Gengam bara api,biar sampai jadi abu"

Peribahasa ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain.
Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahandanya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibunya. Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya berkahwin dengan seorang guru bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang lelaki, dan lima orang perempuan.
Apabila mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk memastikan setiap anak-anaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan keperluan keluarganya dan sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga. Cikgu Abu Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas seekar di Serendah, Selangor. Selain itu, beliau sering membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya. Isterinya pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum pergi ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai makan.
Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib anak-anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada anaknya. Baginya anak-anak adalah arnanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan anak-anak. Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya mempunyai jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan bermain. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak leka dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau berpegang kepada prinsip ‘boleh merotan, tetapi jangan sarnpai mencederakan’.
Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian dan belanja persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh anaknya tidak dapat disediakan. Mereka hanya menggunakan buku-buku abang atau kakak mereka sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak memberi dorongan kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk anak-anaknya sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan beliau turut memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya membangunkan Kampung Tok Pinang, Serendah.
Setelah mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang. Kejayaan anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh negara, sarna ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya, manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.
Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiarni kini adalah basil titik peluhnya dan sumbangan anak-anak. Semua anaknya berperibadi mulia dan tabu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan tidak perlu lagi memerah keringat, namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah ekar.
Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai ‘Tokoh Bapa Cemerlang’ merupakan kejayaan besar yang dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan sebagai peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan. Dengan itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar dapat mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak. Sesungguhnya ‘Anugerah Bapa Cemerlang’ dapat dianggap sebagai dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi warga yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa ‘genggam bara api, biar sampai jadi abu’


Karangan tentang Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri adalah sebuah perayaan yang amat meriah untuk keluarga saya. Ia dapat mengeratkan tali persaudaraan dan pada setiap tahun, ramai yang mengenang tahun-tahun yang sudah berlalu dan mereka yang sudah meninggal dunia. Suasana amat sedih dan ramai yang berlinangan air mata, terutama sekali, mereka dari kaum hawa yang mudah tersentuh.

Bagi saya pula, apa yang memeriahkan suasana di hari raya adalah lagu-lagu klasik. Terdapat lagu-lagu yang sayu dan menyedihkan, seperti lagu Hari Raya Sanisah Huri dan “Satu Hari di Hari Raya” oleh M. Nasir amat menyedihkan tetapi lagu-lagu seperti Selamat Hari Raya oleh Saloma dan Seloka Hari Raya oleh Uji Rashid dan Hail Amir pula sering membawa kegembiraan.

Pada setiap petang hari raya, kami sekeluarga akan berkumpul di meja makan sambil menunggu azan. Ibu saya akan menyediakan pelbagai jenis makanan seperti rendang dan makanan-makanan tradisional yang lain. Kuih-muih juga disediakan. Apabila azan berkumandang, kami sekeluarga akan makan dan setelah itu, solat maghrib. Selepas solat, kami akan membaca takbir hari raya.

Dengan perasaan yang begitu ghairah sekali, saya dan adik saya akan menelefon nenek-nenek kami dan mengucapkan selamat hari raya kepada mereka dan setelah itu, mereka akan mendoakan kami berdua. Pada masa dahulu, bila saya di sekolah rendah, saya dan adik saya biasa bermain bunga api sementara ibu dan bapa saya menonton persembahan-persembahan hari raya di televisyen.

Kini pula, kami sekeluarga akan menonton televisyen dan menjamu selera bersama. Sering, kami akan tidur lewat. Kami suka filem-filem raya yang ditayangkan.

Pada pagi seterusnya, bapa saya dan saya akan bangun awal, mandi, solat subuh dan langsung bersedia untuk ke masjid untuk sembahyang hari raya. Kami sekeluarga sering ke Masjid Haji Mohamad Salleh di Palmer Road. Ia juga dikenali sebagai Makam Habib Noh. Kami solat di sana kerana keberkatannya. Kami sering ke masjid dengan pakaian tradisional.

Apabila kami pulang, ibu dan adik saya sudah bersedia dengan baju hari raya mereka. Kuih-muih juga telah disusun dan baju hari raya kami sudah disediakan. Kami pun menyalin pakaian dan akan bersalam-salaman. Setelah itu, Ibu dan bapa saya akan memberi saya dan adik saya duit hari raya. Oleh kerana Aidilfitri adalah sebuah hari yang begitu mulia, mereka yang berkemampuan akan bersedekah dengan memberi wang kepada kanak-kanak dan anggota keluarga serta sanak saudara.

Setelah itu, pada jam 11 pagi, kami sekeluarga akan terus ke rumah nenek sebelah ibu saya. Nenek saya telah pun membeli ketupat dan memasak lontong serta rendang. Kami sekeluarga memang gemar masakan nenek saya. Pada masa yang sama, adik-beradik ibu saya juga akan mengunjungi rumah nenek juga. Di sana, kami bersalam-salaman dan meminta maaf jikalau tersilap di dalam segi perbuatan ataupun perkataan.

Setelah berada di rumah nenek sebelah ibu saya untuk beberapa jam, kami sekeluarga pun mengunjungi rumah nenek sebelah bapa saya. Biasanya, nenek sebelah bapa saya akan memasak nasi briyani yang begitu wangi dan enak. Kami akan solat zohor di sana dan saya akan bermain-main dengan sepupu-sepupu saya ataupun berbual-bual dengan pakcik saya.

Hari Raya telah mengeratkan tali persaudaraan kami sekeluarga. Pada setiap tahun, kami akan bertemu dengan sanak-saudara. Ia adalah masa di mana saya amat gembira.


http://abdulrahman-vip1hml.blogspot.com/2008/07/karangan-tentang-hari-raya-aidilfitri.html

Syair Nasihat ~ Ibnu Ahmad Medan

Inilah suatu kalam dikarang
Ayuhai tuan muda yang garang
Kalam nan bukan sebarang-barang
Tujuannya banyak bukan seorang

Adapun akan di zaman ini
Banyak kulihat tolan ikhwani
Selama hidup sebelum fani
Tidak mengingat Tuhan yang ghani

Dunia dijangka kekal selama
Berbuat dosa sangat ternama
Mencari wang sangat utama
Tidak menurut kata ulama

Ulama disangka bicara kosong
Sebarang kata lalu disongsong
Mencari wang berpesong-pesong
Sangatlah suka berkata bohong

Wang terkumpul diri pun kaya
Takbur dan sombong timbul sebaya
Perintah Tuhan Rabbi yang kaya
Sekali-kali tidak percaya

Kaum kerabat dipandang lata
Bangsa dimiskin jangan dikata
Takdir ia datang meminta
Haram dipandang sebelah mata

Dengarkan tuan suatu ibarat
Keadaan alam timur dan barat
Kuasa Allah punya kudrat
Lautan boleh menjadi darat

Ingatlah wahai emas juita
Fikir, ya fikir di dalam cita
Sungguhpun diri orang berharta
Tuhan jangan dipandang lata

Contoh yang ada bukan sedikit
Gunung tinggi menjadi bukit
Tanahnya runtuh berdikit-dikit
Ibarat badan kena penyakit

Jikalau hasil bagai diperi
Pastilah tuan menyesal diri
Kata terlanjur dahulu hari
Menjadi musuh kanan dan kiri


http://www.ipuisi.com/syair-nasihat-ibnu-ahmad-medan

Hidangan Dari Langit

Bulan puasa telah tiba.
larangan raja mulai berlaku:
jauhkan tanganmu daripada makanan,
hidangan rohani telah disediakan.
Roh telah bebas dari pengasingan dirinya dan menundukkan tangan tabiat jelek;
hati yang sesat telah dikalahkan dan perajurit iman telah sampai.
Bala tentera penidur telah menyerah dan segera ditawan,
dari bara penyulut api jiwa tiba seraya meratap;
Lembu itu begitu molek,
Musa bin Imran muncul;
melaluinya si mati hidup semula apabila badannya telah melaksanakan upacara qurban;
Puasa ialah upacara qurban kita,
yang menghidupi jiwa;
mari kita qurbankan badan kita, kerana jiwa tiba sebagai tamu;
Iman yang teguh ialah awan lembut,
kearifan ialah hujan yang tercurah darinya,
kerana pada bulan iman inilah al-Qur`an diwahyukan.
Apabila nafsu badani dikawal,
roh akan mikraj ke langit;
apabila pintu penjara dirubuhkan maka jiwa akan mencapai pelukan Kekasih.
Hati telah menukar tabir gelapnya dan menggerakkan sayapnya ke angkasa;
Hati, yang menyerupai malaikat, sekali lagi tiba di tengah mereka.
Tangkaplah tali pengikat tubuhnya,
di atas perigi berteriaklah,
“Yusuf dari Kana`an telah tiba!”
Pada waktu `Isa Almasih terjatuh dari keledainya maka doanya diterima Allah;
Cucilah tanganmu, kerana Hidangan langit telah tiba;
Cucilah tangan dan mulutmu,
jangan makan atau bercakap-cakap;
carilah kata dan suapan nasi yang diturunkan untuk dia Si Diam!
Semua ibadah yang dilakukan dengan tulus dan ikhlas oleh seorang pemeluk agama yang teguh merupakan manifestasi daripada cinta.
Demikian pula halnya dengan ibadah puasa.
Sebagai ibadah, puasa pada bulan Ramadhan merupakan bentuk pengurbanan jiwa.
Sememangnya cinta menuntut pengurbanan.
Pengurbanan yang dimaksud ialah pengurbanan jiwa dan hati,
yang hanya diperuntukkan kepada-Nya.


http://www.bangfad.com/?s=syair%20agama

Pidato Kemerdekaan

 Assalamualaikum pembuka bicara,

Kepada guru yang arif bijaksana,

Tak lupa juga rakan-rakan dan pengacara,

Di majlis ini kita bersua.

Yang berusaha, Puan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, para guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Sukacita saya memulakan pidato ini dengan seruan agar kita bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana telah mengurniakan kita sebuah negara yang aman dan makmur.

Dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ini, kita boleh menjalani kehidupan harian dengan selesa. Bebas mencari rezeki di mana-mana tanpa rasa takut. Tidak seperti sesetengah negara yang bergolak, rumah-rumah ibadat dibom, rompakan dan pembunuhan di sana sini.

Sesungguhnya nikmat keamanan, kebebasan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini tidak datang dengan mudah. Ianya tidak datang secara kebetulan atau percuma bahkan diperolehi dengan perjuangan dan susah payah. Bak kata bidalan YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG.

Hakikatnya para pejuang tanahair terdahulu telah mewariskan kepada kita sebuah negara yang merdeka. Sebuah negara yang bebas daripada belenggu penjajah.

Sidang hadirin sekalian,

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai memalui perundingan itu telah meletakkan Malaysia di tempat yang paling selamat dan dihormati.

Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau telah meneroka perjuangan mengisi kemerdekaan melalui pelan pembangunan strategik yang kukuh.

Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ketiga meneruskan misi mengisi kemerdekaan. Beliau telah menumpukan perhatian yang lebih kepada perpaduan. Perpaduan merupakan asas pembangunan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke empat. Beliau digelar Bapa Pemodenan kerana mempunyai wawasan yang jauh dalam membangunkan Negara. Pencapaian cemerlang beliau telah memartabatkan Negara kita Malaysia, lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 5. Aspek modal insan diberi penekanan istimewa. Integriti, ketelusan dan keadilan dilihatnya sebagai utama.

Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian,

Kini, giliran Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Beliau telah mengadun kesemua gaya pemerintahan dan pemikiran pemimpin terdahulu melalui gagasan Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Gagasan Satu Malaysia mengajak kita menghargai kemerdekaan yang telah diwariskan kepada kita. Tugas kita seterusnya adalah memelihara dan mengisi kemerdekaan yang sudah di dalam genggaman kita. Setiap cabaran yang datang perlu ditangani dengan berkesan.

Bagi memelihara keamanan dan kestabilan negara ini, seluruh rakyat hendaklah bersatu padu. Memupuk semangat persefahaman yang berterusan, toleransi yang tinggi serta kerjasama yang kukuh tanpa mengira kaum.

Akhir sekali, Marilah sama-sama kita berganding bahu tanpa mengira kaum, agama dan budaya berpadu tenaga berusaha ke arah mengekalkan kemerdekaan negara kita yang tercinta.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sekian, wassalamualaikum warohmatullahi, wabarokatuh.

http://www.blog.rahsiaanakpintar.com/2010/05/19/pidato-kemerdekaan/

Puisi : Harapan Sahabat

Sahabat,
Ku sambut dengan seribu penghargaan,
Agar kita menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib masa depan,
Hatimu perlu cekal dan tabah,
Sesabar ibu mendewasakanmu,
Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur hijau bumi tuhan,
Kita diajar cintakan kematian,
Bagai musuh kita cintakan kehidupan,
Maka dibawah langit biru ini,
Kita mengenal erti sebuah kehidupan,
Sahabat-sahabatku engkaulah harapan,
Untuk menjadi pemimpin masa hadapan,
Sebagai satu contoh akan kejayaan,
Masa depanmu mesti kau merdekakan.


http://www.ipuisi.com/puisi-harapan-sahabat

Ciri-ciri pemimpin yang hebat

Ramai pelajar boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. Untuk menjadi pemimpin perlu ada minat dan ketokohan semulajadi di dalam diri.Pemimpin yang baik muncul secara tiba-tiba tetapi ia bermula daripada ketokohan untuk mendai pemimpin dan dipilih oleh orang ramai untuk memimpin. Berikut adalah beberapa tips tentang ciri-ciri pemimpin yang baik:

1. Ada visi yang jelas
Visi amat penting. Anda perluy tahu kemana arah anda. Anda dapat lihat diri anda 5 tahun hingga 10 tahun akan datang. Anda boleh meramalkan perkarayang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasabah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda.

2. Berilmu
Pelajar yang berilmu adalah lebih ke hadapan daripada mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Pelajar rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih ber=pengetahuan maka mereka tahu perkara yang mereka buat, mereka tahu bagaimana untuk menanggani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.

3. Ada kesungguhan
Pelajar mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkandia mudah mencapai matlamat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apayang mereka ceburi. Mereka tidak lali dan bersungguh-sungguh melakukannya. Mereka melakukannya dengan sepenuh hati sehingga berjaya diselesaikan. Kesungguhan melakukannya sehingga berjaya membuatkan mereka berasa puas.

4. Ada karisma
Personalitinya sangat dikaagumi. Melihat kepada wajah, gaya dia berhujah, luahan kata-kata membuatkan pelajar lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah mempengaruhi orang lain. Dia mempunyai faktor-x yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Faktor-x inilah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan terhadapnya.

5. Dapat berkomunikasi secara berkean.
Pelajar ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. kata-katanya masuk akal dan sukar untuk menidakkannya. Dia dapat mepengaruhi orang lain dengan mudah. Kata-katanya yang penuh semangat, berhikmah dan logik membuatkan pelajar lain yakin dan mudah menjadi pengikutkan.

6. Ada intiqamah
Pelajar ini mempunyai impian, cita-cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernahputus asa.Matlamatnya ialah untuk mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak pernah mudah kalah. Mereka tetap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun.

7. Ada keberanian
Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan-kawan, dia berani dicemuh dan dihina, dia berani menerima risiko malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu membuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Keberanian itu membuatkan dia dijulang dan pelajar lain akan mengakui kehebatannya dan memberi sokongan kepadanya.




http://mawar-intelek.blogspot.com/2012/02/ciri-ciri-pemimpin-yang-hebat.html

OUR GROUP MEMBERS

SYAFIQAH NADIAH PUTERI ATHIRA AININ AINIS DURRATUL PUTRI ZULAIKHA ASMA