Monday 30 April 2012

Sebab-Sebab Azab Kubur

SEBAB-SEBAB AZAB KUBUR
Al-’Allamah Al-Safaarainiy berkata: 
Sebab-sebab penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bahagian, iaitu:
(1) Global (mujmal): Mereka disiksa di dalam kuburan kerana kejahilan
mereka terhadap Allah dan enggan mematuhi suruhan Allah serta
melakukan maksiat. Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat
daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di
dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepadaNya
lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur
setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.
(2) Terperinci (mufassal); Rasulullah s.a.w. pernah dipelihatkan atau
diperdengarkan azab kubur ketika baginda s.a.w. melalui dua kuburan
yang satu disiksa kerana suka mengadu domba (namimah) sedangkan
yang satu lagi kerana tidak istinjak setelah kecil. (HR Bukhari dan
Muslim). Rasulullah s.a.w. bermimpi (semua mimpi para rasul adalah
wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia
disiksa di dalam kubur: orang yang solat tanpa bersuci (taharah), orang
yang melalui seseorang yang sedang dizalimi lalu enggan menolongnya
orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian
tidak mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya,
orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang malas solat
Subuh, orang yang enggan mengeluarkan zakat, orang yang gemar
menyibar fitnah di dalam masyarakat, orang yang takabbur (sombong),
orang yang riyak, orang suka mencaci orang lain apakah melalui
ucapannya atau tindakannya. (HR Bukhari).
Wallahua’lam…

Jenis-jenis Hadis Nabi s.a.w

Hadis Nabi s.a.w terbahagi kepada beberapa jenis atau ketegori iaitu:-
1. Hadis Mutawatir


Hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta keatas Nabi Muhammad saw., sebab hadis itu diriwayatkan oleh ramai orang. Contohnya, riwayat Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim. Menurut para ulama hadis, hadis itu diriwayat oleh lebih dari 100 orang sahabat Nabi dengan 100 sanad yang berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis Mutawatir tidak banyak. 
Hadis Mutawatir terbagi dua: iaitu Mutawatir Lafzi, = perkataan Nabi, dan Mutawatir Amali, = perbuatan Nabi.

2. Hadis Mashyur
Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Hadis yang berbeza. Contoh dari Bukhari, Muslim, dan Tirmizi.

3.Hadis Sahih
Hadis yang cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafalannya. 
Syarat hadis sahih, iaitu: 

a. sanadnya bersambung, 
b. perawinya sudah baligh 
c. berakal 
d. tidak mengerjakan dosa 
e. sempurna hafalannya 
f. perawi yang ada dalam sanad itu adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat Al Quran.

4.Hadis Hasan 
Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat. Disegi hafalannya kurang dari hadis shahih.

5. Hadis Shalih, 
Adalah hadis yang setingkat di bawah hadis Hasan, namun tidak terlalu lemah. Contohnya, "Barang siapa yang menyembunyikan ilmu yang diketahuinya, maka ia akan dikekang dengan api neraka pada hari kiamat." (H.R. Ibnu Majah) Menurut Tarmizi, itulah hadis Hasan Shalih.

6. Hadis Dho'if
Hadis yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara sanadnya ada orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa/pendusta/fasik dan suka berbuat dosa.

7. Hadis Marfuk'
Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sama ada ucapan,perbuatan atau pun takrirnya. Hadis yang harus diselidiki lebih dulu dalam kitab-kitab hadis, apakah itu perkataan Nabi atau Sahabat.

8. Hadis Mauquf
Adalah perkataan, perbuatan dan takrir Sahabat

9. Hadis Mursal
Merupakan perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi saw) secara lansung atau terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.

10. Hadis Muttasil
Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para sahabat.

11. Hadis Mahfuz
Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).

12. Hadis Jaiyid
Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.

13. Hadis Mujawwad dan Tsabit
Merupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.

14. Hadis Mursal,
Adalah hadis yang diriwayatkan oleh Tabi'in dengan menyebutkan bahwa ia menerimanya dari Nabi. Padahal Tabi'in tidaklah mungkin bertemu dengan Nabi.

15. Hadis Maudhuk' [Hadis Palsu]
Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. (Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).



Sumber: http://berpesan.blogspot.com/2011/08/jenis-jenis-hadis-nabi-saw.html

Sunday 29 April 2012

KEPENTINGAN SUNGAI


Pada masa kini, dunia mengahadapi krisis bekalan air bersih. Hal ini demikian kerana masalah pencemaran air yang berlaku. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air musnah dan sungai serta tasik tercemar. Keadaan ini memberi kesan yang bukan sedikit kepada manusia dan hidupan yang lain. Salah satu punca air yang utama yang perlu dikekalkan dalam keadaan bersih ialah sungai.

Isi karangan:

1. Sungai sebagai sumber air kepada manusia dan haiwan
- manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti untuk sumber minuman,
dan kegunaan domestik- mencuci, memasak dan mencuci.
- Sungai amat penting sebagai sumber bekalan air bagi kegunaan domestik, Contohnya untuk bekalan minuman dan untuk menjalankan fungsi hidup sehari-hari, Sungai membekalkan air kepada kawasan pertanian untuk pembinaan empangan dan saliran, contohnya di kawasan padi. Sungai juga digunakan untuk kegunaan untuk industri seperti pemprosesan kelapa sawit dan seumpamanya.

2. Sebagai sumber bekalan -
- Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi.
- sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam
yang membekalkan sumber protein.
- hidupan akuatik ini merupakan sumber protein alternatif bagi manusia sekiranya
sumber protein dari laut sukar diperoleh.

3. Sungai boleh dijadikan tempat untuk beriadah
- Kebanyakan sungai juga dijadikan kawasan reakreasi yang menjadikan tarikan pelancongan. Contohnya, negara Endau-Rompin yang terletak di legeh sungai Endau dan sungai Rompin. Banyak aktiviti dijalankan di kawasan ini seperti aktiviti berkayak, menjelajah hutan dan memancing. Selain itu, sungai juga digunakan untuk menjana hidro elektrik untuk membekalkan sumber tenaga kepada rakyat.
- tempat berkelah
- aktiviti memancing
- pusat rekreasi – aktiviti bersampan, berkayak dan lain-lain

4. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan.
sungai juga memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai denagn melakukan aktiviti menangkap hasil sunagi seperti ikan dan udang.
- resort didirikan
- gerai-gerai dibina
- rumah persinggahan

5. Sungai menjadi tempat yang sesuai untuk di bina empangan hidroelektrik yang membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di Malaysia. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh stesen janakuasa ini merupakan antara penyumbang utama tenaga elektrik di Malaysia. Tanpa sungai yang menjadi tempat untuk pembinaan stesen janakuasa elektrik ini, berkemungkinan ada kebanyakkan tempat di negara kita tidak mendapat bekalan elektrik.

6. Sungai juga menjadi jalan perhubungan utama suntuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Contohnya kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak masih menggunakan sungai sebagai salah satu cara untuk keluar dari pedalaman ke bandar-bandar utama. Di Pahang juga contohnya di Ulu Tembeling memerlukan penduduk di sana menaiki bot selama beberapa jam sebelum sampai ke jeti di Jerantut.

7. Sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air.

Kesimpulan:

-Kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikenal pasti sejak zaman-berzaman. Pada masa dahulu sungai dijadikan jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Pekan-pekan dan kota terbina di sepanjang sungai. Fungsi sungai itu masih kekal sehingga sekarang. Oleh itu sungai perlu dijaga dan dipelihara. Kempen Cintai Sungai dan Program Sungai angkat perlu diteruskan dan diperkasakan semula demi kepentingan manusia dan mengekalkan kawasan bekalan air bersih.

-Daripada semua kepentingan ini jelaslah bahawa setiap orang perlu memelihara sungai demi kebaikan bersama. Sungai yang tercemar akan memudaratkan kehidupan. Oleh itu wajarlah sungai dipelihara untuk generasi akan datang bagi kesinambungan kehidupan di muka bumi ini


http://adf.ly/1okqV

Isi karangan:
1. Sungai sebagai sumber air kepada manusia dan haiwan- manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti untuk sumber minuman, dan kegunaan domestik- mencuci, memasak dan mencuci.- Sungai amat penting sebagai sumber bekalan air bagi kegunaan domestik, Contohnya untuk bekalan minuman dan untuk menjalankan fungsi hidup sehari-hari, Sungai membekalkan air kepada kawasan pertanian untuk pembinaan empangan dan saliran, contohnya di kawasan padi. Sungai juga digunakan untuk kegunaan untuk industri seperti pemprosesan kelapa sawit dan seumpamanya. 
2. Sebagai sumber bekalan -- Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. - sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan sumber protein.- hidupan akuatik ini merupakan sumber protein alternatif bagi manusia sekiranya sumber protein dari laut sukar diperoleh.
3. Sungai boleh dijadikan tempat untuk beriadah- Kebanyakan sungai juga dijadikan kawasan reakreasi yang menjadikan tarikan pelancongan. Contohnya, negara Endau-Rompin yang terletak di legeh sungai Endau dan sungai Rompin. Banyak aktiviti dijalankan di kawasan ini seperti aktiviti berkayak, menjelajah hutan dan memancing. Selain itu, sungai juga digunakan untuk menjana hidro elektrik untuk membekalkan sumber tenaga kepada rakyat.- tempat berkelah- aktiviti memancing- pusat rekreasi – aktiviti bersampan, berkayak dan lain-lain
4. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan.sungai juga memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai denagn melakukan aktiviti menangkap hasil sunagi seperti ikan dan udang.- resort didirikan- gerai-gerai dibina- rumah persinggahan
5. Sungai menjadi tempat yang sesuai untuk di bina empangan hidroelektrik yang membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di Malaysia. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh stesen janakuasa ini merupakan antara penyumbang utama tenaga elektrik di Malaysia. Tanpa sungai yang menjadi tempat untuk pembinaan stesen janakuasa elektrik ini, berkemungkinan ada kebanyakkan tempat di negara kita tidak mendapat bekalan elektrik. 
6. Sungai juga menjadi jalan perhubungan utama suntuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Contohnya kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak masih menggunakan sungai sebagai salah satu cara untuk keluar dari pedalaman ke bandar-bandar utama. Di Pahang juga contohnya di Ulu Tembeling memerlukan penduduk di sana menaiki bot selama beberapa jam sebelum sampai ke jeti di Jerantut.
7. Sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. 
Kesimpulan:
-Kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikenal pasti sejak zaman-berzaman. Pada masa dahulu sungai dijadikan jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Pekan-pekan dan kota terbina di sepanjang sungai. Fungsi sungai itu masih kekal sehingga sekarang. Oleh itu sungai perlu dijaga dan dipelihara. Kempen Cintai Sungai dan Program Sungai angkat perlu diteruskan dan diperkasakan semula demi kepentingan manusia dan mengekalkan kawasan bekalan air bersih. 
-Daripada semua kepentingan ini jelaslah bahawa setiap orang perlu memelihara sungai demi kebaikan bersama. Sungai yang tercemar akan memudaratkan kehidupan. Oleh itu wajarlah sungai dipelihara untuk generasi akan datang bagi kesinambungan kehidupan di muka bumi ini

http://adf.ly/1okqV

PENGARUH NEGATIF RAKAN SEBAYA


Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu membeza.
Apabila berada di rumah seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada
ibu bapa dan adik beradiknya. Manakala apabila seseorang itu berada di luar rumah ia akan
bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang
mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain.
Menurut Klausmerier et. al (1975) di dalam hal-hal seperti  tanggungjawab moral,
keberanian, kejuran, kemesraan dan lain-lain  "para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan
pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini banyak
menimbulkan pengeseran di antara para remaja dan ibu bapa. Para remaja merasakan ibu bapa
sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru dengan tingkahlaku dan tindak
tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang.
Kekeliruan ini memburukan pengeseran dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila remaja
menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat
panduan dan pertolongan. Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita
masalah mereka dengan rakan sebaya mereka.
Mustafa Fahmi (1971) menyatakan remaja  cenderung menuruti tingkah laku kumpulan
yang mana ia berada di dalamnya. Remaja  diperingkat awalan ini  akan bersungguh mencuba
bertingkah laku seperti tingkahlaku kumpulannya. Remaja ini  juga akan melakukan atau
membuat apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya. Muhd. Mansur Abdullah dan rakanrakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu
tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu
pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting. Dalam hal ini, siapa yang patut menentukan jenis
rakan sebaya yang menjadi pilihan. Dalam Islam, ibu bapa sendiri mengenalpasti rakan-rakan
yang berakhlak mulia (Osman Ayub, 1990). Melalui rakan-rakanya yang positif ini akan
wujudlah model-model positif yang boleh dikembangkan di semua peringkat. Di Malaysia, program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan supaya rakan sebaya dimanfaatkan
untuk membaiki disiplin di kalangan pelajar.
Dalam aspek pengaruh rakan sebaya dapatan kajian lepas menunjukkan pelajar
menghisap rokok secara berkumpulan atau bersama rakan. Pelajar juga menganggap peraturan
atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan
membentuk kumpulan tersendiri dan mengadakan peraturan tertentu dan ahli kumpulan
hendaklah mematuhinya. Hal ini  mula menimbulkan masalah disiplin seperti peras ugut dan
pergaduhan. Biasanya, apabila ahli kumpulan dipukul, mereka akan membalas  secara
berkumpulan (Dewan Masyarakat, April 1995).
Dapatan kajian yang disebutkan di atas sejajar dengan dapatan kajian peringkat nasional
yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1993 yang
menunjukkan punca salahlaku di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh faktor diri, keluarga,
persekitaran rakan sebaya dan juga sekolah.  Sebagai contoh, kajian tersebut mendapati pada
tahun 1993 kira-kira 81.03 peratus melakukan kerana faktor kekeluargaan 4.10 peratus kerana
pengaruh rakan sebaya dan I.24 peratus kerana faktor persekolahan (Dewan Masyarakat, April
1995).
Tekanan Daripada Rakan Sebaya
Kajian yang sedia ada, menujukan bahawa penglibatan rakan sebaya devian merupakan
faktor kepada tingkah laku delikuen. Oleh itu adalah sangat penting bagi kita mengkaji faktor
utama remaja ini terlibat dengan remaja yang bertingkah laku negatif ini.
Kajian baru menunjukan bahawa penolakan daripada rakan sebaya merupakan faktor
remaja terlibat dengan rakan yang bertingkah  laku devian. Data yang  diperolehi daripada
“Oregon Youth Study” (Dishion, et.al, 1991) menunjukan bahawa  penolakan daripada rakan
sebaya sebab utama remaja terlibat dengan rakan sebaya yang bertingkah laku negatif. Dalam
kajian ini menujukan bahawa kanak-kanak yang berumur 10 tahun yang mengalami keadaan
penolakan daripada rakan sebaya mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terlibat dengan
rakan sebaya yang devian pada umur 12 tahun.
Tingkah laku agresif mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor penolakan
rakan sebaya di dalam masalah tingkah laku negatif remaja. Penolakan oleh rakan sebaya (Coie,
et.al, 1992).
Peranan penolakan rakan sebaya dalam perkembangan remaja juga disokong oleh kajian
yang dijalankan oleh Krueger et al. (1994). Menurut beliau remaja yang terlibat didalam berbagai jenis kesalahan jenayah mempunyai tahap penglibatan sosial yang rendah dan tahap
keterasingan yang tinggi.
Menurut Baumeister and Leary (1995) menyatakan bahawa setiap manusia didorong oleh
dasar kemahuan untuk memiliki. Kenyataan ini  disokong oleh Brown dan Lohr (1987) yang
mendapati remaja yang terlibat dengan kumpulan  masyarakat (biarpun kumpulan masyarakat
yang berstatus social rendah)  mempunyai Self-esteem berbanding  remaja yang tidak terlibat
dengan mana-mana kumpulan sosial.
Twenge, Baumeister, Tice, & Stucke (2001) mendapati bahawa individu yang percaya
mereka tidak diterima oleh rakan sebaya lebih aggresif berbanding dengan remaja yang diterima
oleh rakan sebaya. Bagi menerangkan kenyataan ini, penolakan daripada rakan sebaya
menyebabkan self-regulation seseorang remaja berkurangan (Twenge et al, 2001). Dalam kata
lain, penolakan rakan sebaya ini, menyebabkan seseorang kehilangan motivasi untuk bertindak
sebagai pro-sosial.
Terdapat beberapa cara penolakan rakan sebaya mempengaruhi perkembangan remaja
untuk terlibat dengan rakan sebaya yang devian dan deliquent. Salah satu cara ialah, remaja yang
tidak diterima oleh rakan sebaya akan mengalami masalah kekurangan kemahiran sosial dan
agresif selain tingkah laku anti-sosial yang menyebabkan remaja terlibat dengan remaja yang
devian. Menurut hipotesis Deshion et al. (1991), seseorang  individu akan mencari kumpulan
rakan sebaya dengan menggunakan usaha yang minimum. Menurut pandangan ini, kanak-kanak
dan remaja yang tidak diterima oleh rakan sebaya, akan mencari kumpulan rakan sebaya lain
yang dapat menerima mereka tanpa mengkehendaki mereka membuat perubahan tingkah laku.
Idea ini disokong oleh Cairns, Cairns, Neckerman, Gest & Gariepy (1988), yang
menggunakan ukuran skala & temubual untuk menentukan ahli kumpulan sosial dan kesukaan
seluruh pelajar darjah empat dan tujuh yang mempunyai tingkah laku agresif dan tingkah laku
tidak agresif.
 Mereka mendapati bahawa, subjek agresif mereka kurang popular berbanding dengan
subjek yang tidak agresif. Subjek yang aggresif akan menjadikan subjek-subjek agresif lain
sebagai kumpulan rakan mereka. Subjek yang agresif ini, bertindak sebagai “Sorting Feature”
dalam proses memilih rakan sebaya (Dishion & Owen, 2002). Keadaan ini menunjukan subjek
agresif yang tidak diterima oleh kumpulan rakan sebaya mereka, akan bergabung dengan subjek
agresif lain.
sumber :http://eprints.utm.my/10388/1/29.9_Pengaruh_Negatif_Rakan_Sebaya.pdf

Friday 13 April 2012

HUKUM PENGGUNAAN GITAR DALAM ISLAM




Sebagai pengenalan, perlu diingatkan bahawa asal sesuatu hukum adalah harus. Namun, ia boleh berubah menjadi haram atau dibolehkan mengikut dalil yang menyokongnya.
Nyanyian adalah diharuskan bagi golongan yang pertengahan(orang yang tidak dikuasai rasa cinta asyik yang mendalam terhadap Allah dan tidak juga dikuasai oleh hawa nafsu yang memuncak). Hal ini kerana, bagi orang yang terlalu asyik dengan Allah, nyanyian adalah baik untuknya manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu, nyanyian adalah haram untuknya.
Namun demikian, jika nyanyian dijadikan sebagai kebiasaan sehingga banyak waktunya dihabiskan untuk itu, maka dia tergolong dalam kalangan orang bodoh yang kesaksian mereka ditolak.

Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah melarangnya.
Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :
Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok juga tidak boleh.
Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadi lambang dansimbol kepada peminum arak juga diharamkan iaitulah autar danmazamir.
Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya sama lah seperti hukum berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan mukaddimah ke arah maksiat keji tersebut.
Oleh itu, alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak dengan 3 sebab:
  1. Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.
  2. Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.
  3. Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”
Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian menyatakan:
Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia.
Bersesuaian dengan firman Allah,
katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?”


Sumber: http://ertikehidupan.wordpress.com/2008/09/16/hukum-penggunaan-gitar-dalam-islam/

Tuesday 10 April 2012

Hukum Muzik Di Sisi islam

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan (lahwun) dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). [29:64]
                
                   
Al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.
Keempat: Syaikh Mahmud Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33.
                
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.
‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah.
‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.
‘Ikhwan’ merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.
So kalau kita lihat pada zaman kita sekarang ini,
Faktor ‘Zaman’ (Masa) : Bagaimana muzik dimainkan? Di setiap masa ada orang mendengar muzik. Sehingga waktu solat disanggahi dengan konsert-konsert dan rancangan-rancangan hiburan. Adakah ini dibolehkan?
Faktor ‘Makan’ (Situasi) : Dalam situasi apakah yg menuntut muzik dimainkan? Hampir di semua situasi, di semua keadaan. Hatta di kedai makan pun diperdengarkan muzik. Konti-konti radio beroperasi 24-jam non stop memperdengarkan muzik.
             
Faktor ‘Ikhwan’ (Aktiviti) :
 Muzik-muzik dimainkan di disko2, di konsert2. Malah dipertandingkan di ‘akademi-akademi’. Wujudnya pergaulan bebas di dalam konsert, malah artis-artis terlalu dipuja-puja melebihi para Rasul dan Nabi sendiri.
Ada ramai yg berkata, mendengar muzik untuk menenangkan hati. Saya menjawab,
"…ketahuilah, dengan mengingati Allah maka tenang tenteramlah hati manusia" [13:28]
                              
So kembali kepada persoalan individu. Bolehkah kita mendengar muzik? Maka jawapan saya, boleh selagi mana kita aplikasikan ketiga-tiga faktor di atas kepada diri kita.
Pertama, faktor masa. Adakah dengan mendengar muzik itu melalaikan kita dari kewajipan yg perlu ditunaikan? Kerna sekiranya ya, maka secara automatik jatuh hukum haram ke atas mendengar muzik itu.
Faktor kedua pula, faktor situasi: Adakah situasi kita membenarkan kita mendengar muzik? Contohnya ketika di dalam masjid, ketika azan sedang berkumandang dan sebagainya.
Faktor ketiga pula, adalah aktiviti kita berdasarkan muzik tersebut. Adakah kita sambil mendengar muzik tersebut terjerit terlalak terkinja-kinja seperti kafir mabuk? Adakah ketika mendengar muzik sambil menari2, berduet dengan spesis berlainan jantina dan lain-lain yang sudah zahir menunjukkan ke arah kemungkaran?
Justeru, nak mendengar muzik boleh, sekiranya ketiga-tiga faktor tersebut bersesuaian. Ingat, ketiga-tiganya harus dijaga, barulah hukum mendengar muzik tersebut secara mutlak terpelihara. Kalau salah satunya tidak kena (contoh: masa tidak kena), maka tidaklah jatuh hukum harus ke atas perbuatan tersebut.
Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?         
Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.

Kisah Pertanyaan Malaikat Munkar Dan Nakir Di Alam Kubur

Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila roh telah dikembalikan ke tubuhnya maka akan datang dua orang Malaikat yang berwibawa, mereka adalaah Munkar dan Nakir dan akan bertanya:"Siapakah Tuhanmu? hingga akhir".Kemudian keduanya akan bertanya lagi:"Apakah yang kamu kata kepada lelaki ini yang mana ia diutus untuk kamu semua, yakni Muhammad". Mayat akan berkata:"Muhammad adalah utusan Allah dan al-Quran adalah diturunkan kepadanya dan aku mengimaninya, maka akan kedengaran suara dari langit berbunyi"Memang benarlah hambaku itu, maka hendaklah kamu semua menghamparkan hamparan dari syurga dan pakailah pakaian-pakaian dari syurga untuknya serta bukakanlah pintu-pintu syurga untuknya."Maka terbukalah pintu-pintu syurga untuknya dan datanglah bau yang harum dari syurga dan kuburnya menjadi luas sepanjang mata memandang.

Setelah itu datang seorang lelaki yang sangat cantik rupanya dengan pakaian yang cantik dan berbau wangi, lalu ia berkata:"Bergembiralah kamu dengan apa yang menyenangkan kamu."Apabila mayat melihat orang yang tidak dikenali itu lalu ia bertanya:"Siapakah kamu!, Allah s.w.t. mengasihi kamu, aku tidak pernah melihat secantik kamu didunia."Berkatalah lelaki itu:"Aku adalah amal kamu yang salih.Rasulullah s.a.w.. bersabda:"Kalau orang yang termasuk dalam golongan yang akan mendapat azab maka apabila telah sampai waktu ajalnya, maka malaikat akan turun dari langit dengan membawa pakaian azab dan mereka akan duduk jauh darinya, lalu datang malaikat maut duduk dekat kepalanya dan berkata:"Keluarlah kamu wahai nafsu yang jahat! dan keluarlah dengan kemurkaan Allah."

Rasulullah s.a..w. bersabda:"Apabila berpisah roh dari badannya maka segala sesuatu yang di langit dan di bumi mengutuknya, semuanya akan mendengar kutukan tersebut melainkan manusia dan jin."Kemudian malaikat akan membawa roh tersebut naik ke langit dunia, apabila mereka telah sampai kepada langit dunia, disebabkan roh tersebut roh jahat maka tutuplah pintu-pintu langit, lalu kedengaran suara yang berbunyi:" Pulangkanlah roh tersebut ketempat tidurnya.Lalu malaikat pun mengembalikannya kekuburnya, setelah itu datanglah munkar dan nakir dengan suara yang garang seperti guruh, matanya seperti kilat yang menyambar, lalu keduanya membakar bumi dengan kedua siongnya.

Kemudian keduanya duduk sambil bertanya:"Siapakah Tuhan kamu?.Jawab mayat:"Aku tak tahu".Di waktu yang sama kedengaran suara dari kubur sebelah berkata:"WEahai Munkar Nakir pukul saja orang itu."Maka Mukar dan nakir pun memukulnya dengan palu dari besi dan diterangkan andaikata kalau semua makhluk berkumpul sudah tentu tidak akan dapat mengelak dari pukulan tersebut, dengan pukulan tersebut maka menyalalah kuburnya dengan api dan kuburnya akan menjadi sempit hingga tersepit tulang-tulangnya.

Setelah itu datanglah seorang lelaki menghampirinya dengan rupa yang paling buruk dan hina, baunya cukup busuk dan berkata lelaki itu:"Allah s.w.t. telah membalas kejahatanmu, maka demi Allah tidaklah kamu melakukan suatu kebajikan, tapi kamu sentiasa lalai untuk taat dan sentiasa melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.". Mayat bertanya:"Siapakah kamu?, Berkatalah lelaki itu:"Akulah amal perbuatanmu yang jahat."Lalu dibukakan pintu neraka dan ia pun melihat tempat tinggalnya yang tetap hingga datangnya hari kiamat.

Ada diterangkan bahawa orang mukmin difitnah dalam kubur selama 7 hari dan orang kafir pula sampai 40 hari Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang mati pada hari Jumaat Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari fitnah kubur."


Sumber: http://secawankopi.forumotion.com/t590-kisah-pertanyaan-malaikat-munkar-dan-nakir-di-alam-kubur

Monday 9 April 2012

Kebaikan Dan Kelebihan Memelihara Kucing

Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung

Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)

Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi

Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak

Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah

Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol

Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke

Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas

Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”

Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis

Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian

Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.


OUR GROUP MEMBERS

SYAFIQAH NADIAH PUTERI ATHIRA AININ AINIS DURRATUL PUTRI ZULAIKHA ASMA